Pub, Restoran Jual AR4K Tak Dibenar Beroperasi Sepanjang PKPB

“Saya ingin membuat penjelasan di sini bahawa pub bukan restoran, kalau restoran bersama dengan pub, ia tidak dianggap sebagai restoran. “Walaupun mereka ada hidang makanan, ia tetap masuk dalam senarai seperti pusat karaoke atau pusat hiburan dan belum boleh beroperasi ketika ini,” katanya ketika siaran langsung Facebook di sini, hari ini.
Beliau berkata Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan pemeriksaan ke atas 91 premis perniagaan di sekitar ibu negara berhubung tahap pematuhan PKPB, semalam.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 36 premis tidak mengamalkan jarak sosial sepanjang satu meter dalam kalangan pelanggan mereka, 48 premis tiada penanda jarak sosial serta 28 premis tiada pensanitasi tangan,” katanya.
Annuar berkata semua premis perniagaan diarah supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang termaktub dalam Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Walaupun sekarang sudah memasuki PKPB, namun akta itu masih lagi terpakai, kepada mereka yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan mereka boleh dibawa ke mahkamah, didenda RM1,000 atau penj@ra enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.
Sementara itu, katanya pihaknya tidak akan berkompromi dalam menarik balik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga atau penjaja yang didapati menjual atau meminjam lesen perniagaan DBKL kepada warga asing.
Baca lanjut di pautan di bawah…