Masuk Waktu Solat, Laungan Azan Anak Tahfiz Bergema Di Pusat Kuarantin Perak
Berita melaporkan seramai 143 orang pelajar serta lima guru dari sebuah maahad tahfiz ditempatkan di Stesen Kuarantin, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan di sini pada 6 dan 7 April lalu.
Ia berikutan terdapat kesemua mereka merupakan kontak rapat kepada satu kes jemaah tabligh yang dikesan positif jangkitan Covid-19 pada 6 April lepas.
Bergema laungan azan anak tahfiz
Terbaru, tular video pelaja-pelajar tahfiz di pusat kuarantin tersebut melaungkan azan daripada tingkap bilik masing-masing apabila masuk sahaja waktu solat.
Semoga adik2 ini semua bebas dari Covid-19
Bergema laungan azan di stesen kuarantin tersebut, membuatkan rata-rata netizen yang menonton video tersebut bagaikan terkesima dan terharu melihat suanana indah itu.
Asuhan yang baik dari guru mereka
Semoga mereka diberik kesembuhan
Sejuk hati mendengar, tak sedar air mata menitis
Walaupun mereka terpaksa dikuarantin dan tidak menjalankan aktiviti pembelajaran seperti biasa, namun rutin harian mereka seperti solat berjemaah, berzikir dan mengaji masih lagi dilaksanakan seperti biasa. Semoga, mereka bebas daripada wabak Covid-19 ini.




